Translate

Tuesday 28 February 2017

KESEMPURNAAN

Dalam hidup kita mencari akan kesempurnaan yang sempurna kadang kadang kita lupa apa itu kekurangan

Tiap tiap kesempurnaan terdapat kayu ukur yang mana kekurangan itu dapat dilihat

Kita hanya tahu menghukum seseorang tanpa kita tahu batas kemampuan seseorang itu dalam menghadapi tekanan

Cara seseorang insan itu menyerap tekanan tak sama sebab itulah cara memikirkan selesaikan sesuatu masalah adalah berlainan dari seorang ke seorang yang lain

Contohnya:

1.Masalah tempat kerja.

Budaya tempat kerja tak sama ada orang bermasalah dengan boss nya. Maka hal ini amat berat kerana ia akan memberi impak yang besar dalam prestasi nya.
Walaupun buat yang terbaik tapi tanpa pengiktirafan dari boss benda itu tak berguna.

Masalah dengan kawan kadangkala dibiarkan sahaja kerana menganggap kawan tidak mampu merubah atau memberi impak.. kawan ada istilahnya. ..

'Kawan makan kawan'

Maka cari lah ' SAHABAT ' kerana tiada istilah

Sahabat makan sahabat

TAMAN BOTANI

Post kali ini...
Nak share sikit pasal...

Lama dah aku tak post kat kat blog aku nie.


Pokok pisang...
Kalau ada tanah kosong  sebelah rumah maka ringankan lah tangan pacak 2 3 pokok

 . Tanam  ubi ada makhluk bernama vavi datang singgah makan... tue la kesan nya..

Rupanya dah setahun berlalu aku duk menyewa di koberang.  Tempat ni dulu bukan ada dalam kamus hidup ku untuk stay disini.

Tapi bila setahun berlalu aku rasakan tempat ini tempat yang best untuk duduk tenang dan aman dari kejauhan riuh bandar 


Cite nya aku duduk menyewa rumah corner lot jadi adalah space untuk aku tanam pokok pisang selama nie aku tanam pisang kat kampung pun jarang sekali tengok pisang masak sebab ayah aku yang tebang bila dah masak.

Pisang nie pisang nangka sedap untuk di goreng.
Perkara pertama yang aku belajar pasal pokok pisang nie. Jangan sesekali ambik ank dia selagi dia belum ber buah.hahaa
Itu ayah aku bgitahu la..pantang nye.

Jadi aku tunggu la.pisang kat kampung tue beranak dulu..








Hasil nye....tak ada lah besar mana.cukuplah makan wat goreng seminggu

Yang sebelah pulak start berputik...
Lagi 2 bulan masak la nie


Lagi 2 minggu nak masak


Pokok ubi kena baham dengan vavi.....nasib pokok pisang masih aman.



Sedikit pengalaman hidup di rantau orang..